Forum Remaja

the place where we can share our relief
 
HomePortalGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Kelebihan Solat Tarawih

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 109
Registration date : 2008-08-22

PostSubject: Kelebihan Solat Tarawih   Sat Aug 30, 2008 5:57 pm

Kelebihan Solat Tarawih



Solat Tarawih


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar. [center]
Back to top Go down
View user profile http://remaja.friendhood.net
xubyedah
Super Duper Duper Senior
Super Duper Duper Senior
avatar

Number of posts : 83
Age : 35
Job/hobbies : Sudoku
Registration date : 2008-08-27

PostSubject: Re: Kelebihan Solat Tarawih   Sun Aug 31, 2008 11:23 am

bersama-sama kite menjalankan ibadah pose dna terawih
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 109
Registration date : 2008-08-22

PostSubject: Re: Kelebihan Solat Tarawih   Sun Aug 31, 2008 11:48 am

Ehem...hutang pose lame dah settle ke blum...hehehe Razz
Back to top Go down
View user profile http://remaja.friendhood.net
xubyedah
Super Duper Duper Senior
Super Duper Duper Senior
avatar

Number of posts : 83
Age : 35
Job/hobbies : Sudoku
Registration date : 2008-08-27

PostSubject: Re: Kelebihan Solat Tarawih   Mon Sep 01, 2008 8:48 pm

amboi...amboi...mulut....
awal2 dh setel llor..hi..hii..
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 109
Registration date : 2008-08-22

PostSubject: Re: Kelebihan Solat Tarawih   Mon Sep 01, 2008 10:25 pm

dah settle....alhamdulillah...heheh
Back to top Go down
View user profile http://remaja.friendhood.net
xubyedah
Super Duper Duper Senior
Super Duper Duper Senior
avatar

Number of posts : 83
Age : 35
Job/hobbies : Sudoku
Registration date : 2008-08-27

PostSubject: Re: Kelebihan Solat Tarawih   Tue Sep 02, 2008 6:35 pm

selamat berpuasa kepada semua
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 109
Registration date : 2008-08-22

PostSubject: Re: Kelebihan Solat Tarawih   Tue Sep 02, 2008 11:45 pm

jangan ponteng pose....hehehe
Back to top Go down
View user profile http://remaja.friendhood.net
twinstar
Newbie
Newbie


Number of posts : 1
Registration date : 2008-10-04

PostSubject: Re: Kelebihan Solat Tarawih   Sat Oct 04, 2008 4:11 pm

sekarang dah raya dah....
Back to top Go down
View user profile http://audiovideomatter.blogspot.com/
balqis10
Newbie
Newbie


Number of posts : 3
Age : 27
Location : melaka
Job/hobbies : surfing internet
Registration date : 2010-09-05

PostSubject: Re: Kelebihan Solat Tarawih   Sun Sep 05, 2010 10:06 am

sekarang sibuk nak buat kuih raya pulak..
Back to top Go down
View user profile http://www.maths-catch.com/index.php?ref=aisyah03
ebookmy
Newbie
Newbie


Number of posts : 2
Registration date : 2011-03-19

PostSubject: Re: Kelebihan Solat Tarawih   Sat Mar 19, 2011 6:51 am

Nak share sikit..

Solat Cara Rasulullah

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah memerintahkan orang-orang yang beriman agar solat seperti beliau solat, sebagaimana sabdanya:

“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku
solat”.

Adapun tatacara atau sifat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersolat yang akan dibincangkan di dalam ebook ini adalah berdasarkan hadis-hadis yang sahih sahaja di samping menampilkan penjelasan para ulama dan muhaddisin. Download Ebook Mencontohi Solat Cara Rasulullah.

Percuma sahaja. Klik sinihttp://ebookmy.com/ebook-percuma/solat-cara-rasulullah/
Back to top Go down
View user profile http://ebookmy.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Kelebihan Solat Tarawih   

Back to top Go down
 
Kelebihan Solat Tarawih
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Reuben, your Byrds thread on the old members-only Ninja Turtles Fan Forum was otm.
» All Nokia BB5 MCU PPM CNT Flash File Here By ..::sunny boy::..

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Remaja :: Ramadhan Al Mubarak-
Jump to: