Forum Remaja

the place where we can share our relief
 
HomePortalGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 TEKA TEKI Imam Al-Ghazali

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Number of posts : 109
Registration date : 2008-08-22

PostSubject: TEKA TEKI Imam Al-Ghazali   Mon Sep 08, 2008 10:48 am

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :




Teka-teki 1
Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid menjawab
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '

Jawapan
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Teka-teki 2
Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'

Murid menjawab
Murid 1 = ' Negeri China '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '

Jawapan
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.


Teka-teki 3

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'

Murid menjawab
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '

Jawapan
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

Teka-teki 4
IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '


Murid menjawab
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '

Jawapan
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Teka-teki 5
Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'


Murid menjawab
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'

Jawapan
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Teka-teki 6
Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '


Murid menjawab
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '

Jawapan
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

'sampaikanlah walau satu ayat'..


Last edited by Admin on Mon Sep 15, 2008 6:19 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile http://remaja.friendhood.net
siddiq
Newbie
Newbie


Number of posts : 2
Registration date : 2008-09-15

PostSubject: Re: TEKA TEKI Imam Al-Ghazali   Mon Sep 15, 2008 1:57 am

kurang paham
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin
Admin


Number of posts : 109
Registration date : 2008-08-22

PostSubject: Re: TEKA TEKI Imam Al-Ghazali   Mon Sep 15, 2008 6:23 am

tak paham??? kena baca pelan-pelan....

-ada 6 teka-teki dari Imam Ghazali

-dijawab oleh anak muridnya

-Jawapan sebenar teka-teki itu oleh Imam Ghazali...
Back to top Go down
View user profile http://remaja.friendhood.net
amin
Senior
Senior


Number of posts : 19
Registration date : 2008-09-15

PostSubject: Re: TEKA TEKI Imam Al-Ghazali   Tue Sep 16, 2008 9:58 pm

mane awak dapat teka teki nie
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin
Admin


Number of posts : 109
Registration date : 2008-08-22

PostSubject: Re: TEKA TEKI Imam Al-Ghazali   Wed Sep 17, 2008 12:42 am

awak buka google search, pastu taip 'teka-teki imam ghazali' anda akan dapat apa yang anda cari....

Tips: untuk menggunakan hadis atau riwayat....semak dan kaji dulu adakah ia sahih atau tak....sebab sekarang ni memang banyak hadis atau pun riwayat yang direka-reka seperti 'Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan'...setelah kajian dibuat, riwayat mengenai 'Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan' adalah rekaan orang-orang yang kurang agama dan tidak boleh diguna pakai...

p/s: sebelum buat sesuatu...fikir dulu dan kaji kebenarannya.. Razz
Back to top Go down
View user profile http://remaja.friendhood.net
Sponsored content




PostSubject: Re: TEKA TEKI Imam Al-Ghazali   Today at 3:21 pm

Back to top Go down
 
TEKA TEKI Imam Al-Ghazali
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» TOI :Controversial celebs in Bigg Boss

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Remaja :: Betul Ke?-
Jump to: